-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Tiga rakyat Malaysia seludup dadah ditahan di Singapura

| Mei 21, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-05-21T10:22:14Z
Heroin seberat 17,704 gram dirampas di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 18 Mei. gambar kredit Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA)

SINGAPURA— Tiga rakyat Malaysia ditahan susulan cubaan menyeludup kira-kira 17,704 gram heroin, 261g 'Ice' dan 2g pil 'Ecstasy' di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada Rabu ( 18 Mei) digagalkan Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA).


Penemuan itu mendorong operasi penguatkuasaan oleh Biro Narkotik Pusat (CNB), di mana sejumlah tiga lelaki warga Malaysia berumur antara 23 dan 28 tahun, termasuk pemandu kereta, telah ditahan di lokasi berbeza di Singapura dalam tempoh dua hari.


‘Ice’ seberat 261 gram dirampas di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 18 Mei. gambar kredit Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA)


“Dadah yang dirampas dianggarkan bernilai hampir S$1,295,000 dan mencukupi bagi menampung penggunaan kira-kira 8,430 penagih heroin dan 150 penagih ‘Ice’ untuk seminggu,” menurut ICA dan CNB dalam satu kenyataan bersama.


Pada petang 18 Mei, kereta yang didaftarkan di Malaysia memasuki lorong pemeriksaan imigresen di Zon Ketibaan dan menjalani pemeriksaan rutin.


“Bungkusan dipercayai dadah ditemui dalam bonet kereta. Pemandu warga Malaysia berusia 28 tahun segera ditahan dan dirujuk kepada CNB untuk siasatan,” menurut kenyataan itu.


Sementara itu, dalam operasi susulan dijalankan pada awal pagi 19 Mei, CNB berjaya menahan dua lelaki warga Malaysia disyaki penerima bungkusan itu di sekitar Bedok North Street 1.


Siasatan berhubung kejadian sedang dijalankan, kata pihak berkuasa.


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update