Lelaki rugi RM12,867 diperdaya pelaburan dalam talian

Gambar Alexson Naga Chabu

MIRI—Seorang lelaki di sini kerugian RM12,867 selepas menjadi mangsa penipuan  pelaburan dalam talian.


Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, sebelum kejadian, pada 17 Mei mangsa berusia 29 tahun itu melayari aplikasi facebook 'dating' dan chat  telah bekenalan dengan seorg wanita.


"Mangsa telah  memberi nombor telefon untuk memudahkan perbualan melalui whatsapp dan mangsa telah diperkenalkan oleh ‘scammer’ satu produk jualan untuk mendapatkan komisyen," ujarnya dalam satu kenyataan akhbar semalam.


Pada keesokkan harinya iaitu 18 Mei, sekitar  jam 10.17 malam mangsa, telah dihubungi oleh individu tersebut meminta bantuan untuk membuat ‘mission underline’.


Mangsa telah bersetuju dan telah dihubungi seseorang yang menerangkan cara-cara untuk membuat 'mission'.


"Mangsa diberitahu hanya perlu menekan link dan perlu membuat pembayaran satu barangan bagi mendapatkan keuntungan sebanyak lima peratus," jelas Alexson.



"Setelah membuat tiga kali pelaburan dan mendapat keuntungan, mangsa berasa yakin terhadap pelaburan yang diperkenalkan oleh suspek dan menyebabkan mangsa telah membuat pelaburan sebanyak RM4,289. Mangsa kemudian menambah lagi sebanyak RM8,578," Alexson berkata.


Mangsa hanya menyedari diri ditipu pada 19 Mei sekitar jam 10.18 pagi apabila pusat khidmat pelanggan pelaburan tersebut gagal dihubungi.


Satu laporan polis telah dibuat untuk siasatan.


Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Next Post Previous Post