Lori Bertembung Kereta, Dua Alami Kecederaan


BETONG: Dua mengalami kecederaan selepas kereta  jenis Perodua Bezza yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan yang berlaku di Simpang Betong, Jalan Pan Borneo Sarikei-Sri Aman pada jam 1.06 petang tadi.



Menurut Komander Operasi, Sapuan Abu berkata, sepasukan anggota bomba dari BBP Betong bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan bagi menjalankan khidmat khas mengeluarkan mangsa tersepit dalam kereta.


"Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati kedua-dua mangsa sudah berjaya dikeluarkan orang awam yang turut lalu di kawasan kejadian" ujarnya.



Pemandu lori terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.


Kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Betong bagi diberikan rawatan lanjut.



Mujurlah katanya insiden pertembungan yang tidak mendatangkan kemalangan jiwa.


Gambar BBP Betong: Kemalangan yang membabitkan pertembungan antara sebuah kereta dan lori di Simpang Betong petang tadi.

Next Post Previous Post