Isteri Wan Junaidi meninggal dunia

Allahyarhamah Datin Seri Feona Sim @ Norjanah. Gambar kredit FB Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

KUCHING-- Datin Seri Feona Sim @ Norjanah, 70, isteri kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di sini pada pukul 6 petang tadi.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat Wan Junaidi malam ini, jenazah Allahyarhamah akan dibawa ke kediaman Wan Junaidi di sini malam ini dan solat jenazah akan diadakan pada pukul 9 pagi esok sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Samariang.


Allahyarhamah mendirikan rumah tangga dengan Wan Junaidi pada 9 Sept 1972 dan dikurniakan tiga anak perempuan.


Bernama difahamkan Allahyarhamah meninggal dunia akibat mengalami pendarahan dalaman.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.