Kekalkan Zuraida atau sebaliknya, terserah kepada kebijaksanaan PM - Willie

Willie Mongin 

KOTA SAMARAHAN— Keputusan Datuk Zuraida Kamaruddin meletak jawatan sebagai Me

nteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi terletak kepada kebijaksanaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri.


Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi , Datuk Willie Mongin berkata, segala keputusan sama ada mengekalkan Zuraida ataupun sebaliknya diserahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi negara iaitu Perdana Menteri (PM) yang mempunyai kuasa mutlak.


Willie Mongiin melihat sampel coklat yang dihasilkan oleh peserta kursus


“Apa pun setakat ini, Zuraida masih lagi menjadi menteri dalam kabinet dan memegang portfolio sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. 


Beliau juga merupakan seorang yang dedikasi dan rajin malah bakat yang ada dalam dirinya masih diperlukan


"Beliau (Zuraida) telah melakukan tanggungjawab sebagai menteri dengan begitu baik sepanjang melaksanakan tugas. Saya telah mengenali beliau semasa bersama dalam parti lebih 20 tahun sebelum ini,” katanya diminta mengulas keputusan Zuraida untuk meletak jawatan dalam kabinet negara, semalam.


Willie Mongin menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta Kursus Asas Pembangunan Usahawan Coklat Buatan Tangan di sini, hari ini.


Ahli Parlimen Puncak Borneo terbabit berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutupan Kursus Asas Pembangunan Usahawan Coklat Buatan Tangan di sini, hari ini.


Terdahulu, politik negara dikejutkan dengan perletakan jawatan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin daripada Parti Bersatu Malaysia (Bersatu) dan mengumumkan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).


Zuraida turut menjelaskan akan bertemu dengan Perdana Menteri bagi membincangkan kedudukannya sebagai menteri dalam masa terdekat.


Sementara itu, Parti Bersatu akan mengemukakan satu nama baharu kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat untuk dilantik sebagai anggota kabinet berikutan ia merupakan kuota parti itu.


Perkara tersebut dimaklumkan oleh Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan semalam.


"Kita akan mengemukakan satu nama baharu kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat untuk dilantik sebagai anggota Kabinet memandangkan kedudukan Zuraida sebagai Menteri adalah atas kuota Bersatu.


"Memandangkan beliau sudah membuat pengumuman menyertai PBM melalui satu kenyataan akhbar hari ini, keahliannya dalam Bersatu gugur serta-merta mengikut Fasal 10 Perlembagaan Bersatu," katanya.

Next Post Previous Post