Kes cacar monyet di Sepanyol, Kanada meningkat


MADRID—  Jumlah kes cacar monyet di Sepanyol meningkat kepada 84 pada Khamis selepas Kementerian Kesihatan melaporkan 25 lagi kes baharu.


Menurut kementerian, semua yang dijangkiti mengalami "gejala ringan" dan kini menjalani kuarantin di rumah. 


Majoriti kes dilaporkan di Madrid selain di Kepulauan Canary, Basque dan Andalusia, lapor Xinhua.


Sementara itu di Kanada, Agensi Kesihatan Awam mengesahkan 10 lagi kes cacar monyet dilaporkan.


Menurut PHAC sebelum ini 16 kes telah dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 26 kes.


“Kemungkinan kes akan meningkat dalam beberapa hari akan datang memandangkan Makmal Mikrobiologi PHAC terus menerima sampel untuk diuji,” menurut PHAC dalam satu kenyataan.


Di Amerika Syarikat pula sembilan kes cacar monyet disahkan di tujuh negeri, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC). 


Sembilan kes itu dikesan di California, Florida, Massachusetts, New York, Utah, Virginia dan  Washington.

 

Kes cacar monyet yang menjangkiti manusia kini sudah dilaporkan di lebih 20 negara di dunia.

 

-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.