Notification

×

Iklan

Iklan

11 bayi baru lahir maut dalam kebakaran hospital, menteri kesihatan dipecat

| Mei 27, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-05-27T03:28:46Z
Menteri Kesihatan, Abdoulaye Diouf Sarr dipecat, susulan insiden kebakaran hospital yang mengorbankan nyawa 11 bayi baru lahir.


KIGALI—Presiden Senegal Macky Sall pada Khamis memecat Menteri Kesihatan, Abdoulaye Diouf Sarr, susulan insiden kebakaran hospital yang mengorbankan nyawa 11 bayi baru lahir.


Dalam ucapannya di televisyen, Sall menamakan Marie Khemesse Ngom Ndiaye sebagai menteri kesihatan baharu, lapor Agensi Anadolu.


Ndiaye pernah berkhidmat sebagai ketua pengarah kesihatan awam.


Pada Rabu, 11 bayi baru lahir maut dalam kebakaran di Unit Neonatal Hospital Mame Abdou Aziz Sy Dabakh di Tivaouane yang mencetuskan kemarahan rakyat.


Sarr, yang berada di Geneva untuk menghadiri perhimpunan tahunan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terpaksa memendekkan lawatannya.


Sementara itu, pihak pendakwa raya memaklumkan siasatan masih diteruskan untuk menentukan punca sebenar kejadian.


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update