-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Kaunselor dikhuatiri lemas, kereta terjunam ke dalam sungai

| Mei 27, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-05-27T02:56:44Z

Anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bomba Sibu Sentral sedang mencari mangsa dikhuatiri lemas dalam sungai di sini hari ini. Gambar kredit Bomba 


SIBU— Seorang ahli Majlis Perbandaran Sibu (MPS) hilang apabila kereta yang dipandu beliau merempuh penghadang jalan lalu terjunam ke dalam sungai.


Usaha mencari pemimpin muda dari sebuah parti politik tempatan, itu dipergiatkan pagi ini.


Beliau difahamkan baru selesai menghadiri majlis sambutan hari jadi yang ke 43.


Saksi di lokasi berkata ayah mangsa antara yang dilihat di tempat kejadian pagi ini ketika kerja pencarian rancak dijalankan.



Pasukan Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata Kawalan BBP Sibu Sentral terima panggilan terus ke balai dari pemanggil pada jam 12.40 pagi (0040 hours), melaporkan terdapat sebuah kereta yang dipandu telah terjatuh ke dalam sungai.


Menurut, Komander Operasi, PBKII Norman Anak Matu, seorang lelaki (saksi) datang ke kaunter pendaftaran hotel dan memaklumkan sebuah kereta begerak dengan laju lalu melanggar penghadang jalan dan terjunam ke dalam sungai. 


"Merujuk kepada kenyataan saksi, pekerja hotel terus menghubungi pihak bomba.



Pihak Bomba bersama pihak PDRM mendapati besi penghadang jalan telah terjatuh ke dalam sungai dan pasukan bomba melakukan pencarian awal lokasi kenderaan tersebut dengan menggunakan gripping iron bagaimanapun lokasi kenderaan tidak dapat ditemui," lapor Norman.


Operasi pencarian ditangguh akibat keadaan gelap dan faktor keselamatan anggota.


Sementara itu, Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu, Clarence Ting ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu melibatkan rakan sekerja beliau.


"Ada kawan kami ternampak kereta beliau terbabas ke dalam sungai. Bomba dan Polis sedang mencarinya sekarang.


Semalam dia ada berjumpa saya dan kami membincangkan sesuatu berhubung tugas kami di Majlis Perbandaran Sibu," kata Ting.

×
Berita Terbaru Update