Kantoi, aksi pencuri panjat pagar dirakam CCTV

Suspek ditahan bersama seunit mesin penebang pokok disyaki barangan curi. Gambar Polis Miri

MIRI -- Tanpa menyedari gelagatnya dirakam CCTV, seorang pemuda leka memanjat pagar sebuah rumah sebelum melarikan seunit mesin penebang pokok (chainsaw) bernilai RM1,800.


Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, suspek berusia 20 tahun itu telah ditahan petang Sabtu di Taman Jelita selepas pemilik rumah menyerahkan video rakaman CCTV tersebut kepada pihak polis.


Suspek telah ditahan sekitar jam 6.30 petang.


Kejadian dilaporkan berlaku pada 18 Mei sekitar jam 12.56 pagi, namun mangsa hanya menyedari kejadian pada Sabtu pagi selepas memeriksa CCTV di rumahnya.


Tangkapan dilakukan oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ ) IPD Miri sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian.


Turut ditemui semasa penahanan suspek ialah sebuah mesin penebang pokok dipercayai dicuri.


Suspek telah dibawa ke lokap Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.


Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Next Post Previous Post