Jejambat Batu 7 kini dibuka

Jejambat Batu 7 mulai dibuka kepada pengguna hari ini. Gambar kredit Unit Lebuhraya Pan Borneo JKR Sarawak

KUCHING-- Jejambat Batu 7 bagi laluan lorong memotong dari arah Kuching- Serian jejambat kini boleh digunakan bermula pagi tadi.



Unit LPB Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dalam kenyataan berkata,  manakala laluan lorong memotong dari Serian menuju ke Kuching dibuka tengah hari.


 

Unit LPB JKR Sarawak dalam menerusi Facebook tersebut turut menasihati orang ramai untuk sentiasa memandu berhati-hati ketika melalui kawasan yang masih lagi dalam pembinaan.



Jejambat Batu 7 kini dibuka “Patuhi tanda trafik yang telah disediakan,” tambahnya.



Jejambat Batu 7 ini merupakan salah satu daripada jajaran seksyen di bawah Pakej Kontrak Kerja 02 (WPC02) Lebuh Raya Pan Borneo.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.