Gempa bumi kuat landa Timur Taiwan

Gambar kredit MET

TAIPEI-- Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter melanda Lautan Pasifik pada 2.23 petang Isnin menggegarkan sebahagian besar Taiwan, menurut Agensi Berita Pusat (CNA).

Gempa bumi berlaku di 89.5 kilometer di timur Kaunti Hualien Hall pada kedalaman 27.5 kilometer, lapor Pusat Seismologi Biro Cuaca.

Gegaran paling kuat dirasai di Kaunti Yilan Kaunti, iaitu pada skala tiga daripada keseluruhan skala tujuh.

Turut merasai gegaran pada skala tiga penduduk di Kaunti Hualien, New Taipei, Taipei dan Kaunti Taitung, manakala bahagian lain merekodkan skala satu atau dua. 

Tiada laporan kerosakan atau kemalangan jiwa setakat ini. 

Selain itu, gegaran susulan bermagnitud 5.4 dilaporkan berlaku di kawasan yang sama kira-kira seminit kemudian.

-- BERNAMA
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.