Polis Marin tahan lelaki tempatan, rampas tangki diesel tanpa permit
![]() |
Gambar kredit PPM Marin rampasan diesel dalam tangki di Miri |
PPM Wilayah 5 dalam kenyataan memberitahu, semasa menjalankan operasi Unit Risikan Marin (URM) Miri telah menahan dan memeriksa van yang dipandu seorang lelaki tempatan dalam keadaan mencurigakan.
“Pemeriksaan oleh sepasukan PPM W5 mendapati sebuah tangki dengan muatan minyak diesel diletakkan di bahagian tempat duduk belakang van tersebut.
“Hasil pemeriksaan mendapati pemandu kenderaan gagal mengemukakan permit khas iaitu surat kebenaran bertulis yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, tindakan berkenaan diambil terhadap lelaki itu berdasarkan siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,
Semua barang rampasan dan tangkapan diserah dan dirujuk kepada Pegawai Penyiasat KPDNHEP Miri untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.