Gempa bumi kuat gegar Timur Indonesia
![]() |
Gambar MetMalaysia Twitter |
JAKARTA—Gempa bumi berukuran 6.5 pada skala Richter melanda wilayah timur Indonesia, Maluku pada Jumaat, namun tiada amaran kemungkinan tsunami dikeluarkan, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik.
Xinhua melaporkan, gempa berlaku pada pukul 9.36 waktu Jakarta (0236 GMT), dengan pusat gempa berada 85 kilometer (km) barat daya daerah Maluku Barat Daya dan 104 km di bawah dasar laut.
-- BERNAMA
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.