Wisma Bapa Malaysia terbakar

Gambar bomba

KUCHING— Wisma Bapa Malaysia dikejutkan oleh kebakaran kecil sekitar jam 7 malam tadi.


Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan, asap tebal menghalang anggota bomba memasuki lokasi kebakaran. 



"Pasukan bomba telah cuba memasuki bilik server berkenaan namun keadaan asap yang tebal serta kedengaran bunyi letupan kecil memaksa anggota terpaksa keluar untuk menilai semula keadaan untuk sampai ke punca asap berkenaan," lapor PGO dalam satu kenyataan media.


Komander Operasi melaporkan kesemua tingkap di tingkat 3 telah pun dibuka untuk tujuan pengudaraan manakala semua penghuni bangunan telah diarahkan keluar ke tempat yang selamat.


"Pada jam 20.28 malam, bekalan eletrik telah pun diputuskan. Anggota telah berjaya memasuki bilik server berkenaan dan mendapati punca asap tebal berkenaan adalah daripada peti suis (switch box) di bilik server berkenaan. Kebakaran telah dipadamkan dengan menggunakan Alat Pemadam Api (APA) oleh pasukan bomba," kata kenyataan itu lagi.



Sementara itu, SAINS mengesahkan kejadian berlaku di tingkat 3 Wisma Bapa Malaysia sekitar jam 7.15 malam.


Sains berkata kerugian sedang ditaksirkan, manakala punca kebakaran sedang disiasat.

Next Post Previous Post