2 pembantu kesihatan direman kes rasuah urus jenazah
![]() |
Dua pembantu kesihatan direman lima hari bermula hari ini di Mahkamah Majistret, Shah Alam. Gambar kredit SPRM |
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nur Faizah Abdul Sani selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menahan kedua-dua individu itu sehingga 31 Mei.
Kedua-dua lelaki yang berusia 40 hingga 42 tahun itu direman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 bagi kesalahan menerima rasuah.
Menurut sumber, kedua-dua lelaki itu ditahan pada 4.45 petang semalam di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.
-- BERNAMA
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.