Enam ahli panel badan pemantau bebas SPRM terima surat cara dan pelantikan

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato' Sri Haji Azam Baki (tengah) bergambar bersama Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din (tiga dari kanan), Dato' Ahmad Rosli Mohd Sham (tiga dari kiri), Dato' Indera Azimah Abd Hamid (dua dari kiri), Dato' Faudzi Hj Che Mamat (kiri sekali), Dr Haji Mazlan Haji Ahmad (dua dari kanan) dan Dato' Abdul Manap Dim (kanan sekali). Gambar kredit SPRM

PUTRAJAYA— Seramai enam individu telah dilantik secara pentadbiran oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai ahli panel badan pemantau bebas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh dua tahun.


Lima daripada mereka dilantik sebagai ahli Panel Penilaian Operasi (PPO) yang merupakan lantikan semula manakala seorang lagi sebagai ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) baharu bagi menggantikan seorang ahli panel bebas tersebut yang meletak jawatan pada Disember tahun lalu.


Kesemua individu yang dilantik tersebut terdiri daripada golongan profesional serta pakar dari pelbagai bidang untuk mewakili masyarakat bagi memantau pelaksanaan fungsi dan operasi SPRM.


Tempoh pelantikan ahli PPO dan PPPR berkuat kuasa mulai 1 April 2022 hingga 31 Mac 2024.


Ahli-ahli PO terdiri daripada:


1. YBhg. Dato' Ahmad Rosli Mohd Sham (Pengerusi) Mantan Timbalan Ketua Bahagian I Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara


2. YBhg. Dato' Mohd Faudzi Hj Che Mamat (Ahli) Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan


3. YBhg. Dato' Abdul Manap Dim (Ahli) Mantan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), Lembaga Hasil Dalam Negeri


4. YBhg. Dato' Indera Azimah Abd Hamid (Ahli) Mantan Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Jabatan Kastam Diraja Malaysia


5. Yang Berusaha Dr. Haji Mazlan Haji Ahmad (Ahli) Mantan Timbalan Pengarah Bahagian Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan, Bank Negara Malaysia



Ahli terbaru PPPR ialah:

1. YBhg. Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din (Ahli) Naib Pengerusi Eksekutif, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB)


Surat cara pelantikan PPO dan PPPR itu telah disampaikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, YBhg. Tan Sri Dato' Sri Haji Azam Baki di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini.

Next Post Previous Post