Tiket balik Gawai Dayak habis

Darren Wong (baju kuning) melekatkan notis pemberitahuan di hadapan kaunter bahawa tiket bas sudah habis dijual

MIRI--Kemeriahan sambutan Gawai Dayak mula terasa di daerah ini.


Beberapa kaunter bas sudah mula dipenuhi orang ramai yang hendak pulang sempena perayaan Gawai Dayak yang bakal disambut bermula 31 Mei.



Tinjauan Borneo Network hari ini mendapati, Terminal Bas Pujut mula sesak dengan orang ramai yang memilih pengangkutan perkhidmatan awam untuk balik ke kampung halaman masing-masing sempena perayaan Gawai Dayak.


Darren Wong, penyelia salah sebuah perkhidmatan bas express yang ditemui berkata kebanyakkan tiket -tiket bus dari Miri -Bintulu-Sibu hampir habis dijual.



"Ramai telah membeli tiket-tiket bas pulang ke Sibu dari Miri sejak awal bulan Mei kerana bimbang kehabisan tiket," ujarnya ketika ditemui.


Beberapa kaunter jualan tiket bas turut dilihat tutup awal kerana tiket-tiket bas telah habis dijual.


Wong turut menyuarakan kebimbangan dengan kekurangan bilangan pemandu bas express yang sedia ada tidak mencukupi.



"Basnya banyak ,namun kita mengalami masalah kekurangan pemandu," ujarnya.


Menurutnya, ramai dikalangan pemandu bas express telah bercuti sempena Gawai Dayak tahun ini memandangkan sudah dua tahun tidak merayakan perayaan tersebut kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Sementara itu, tinjauan Borneo Network di Kuching Sentral di sini hari ini mendapati tiket bas ekspress laris dijual.


Malah, Borneo Network dimaklumkan oleh pihak kaunter tiket di Kuching Sentral bahawa tiket perjalanan bermula 1 sehingga 6 Jun telah habis dijual.


Ini menunjukkan masyarakat Dayak tidak melepaskan peluang untuk meraikan perayaan itu bersama keluarga di kampung dan rumah panjang masing-masing setelah negara dan Sarawak memasuki Fasa Peralihan ke Endemik.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.