Polis dikejutkan keluarga bawa mayat guru untuk buat laporan



SIBU— Anggota polis yang sedang bertugas dekat sini dikejutkan dengan tindakan sebuah keluarga membawa mayat ahli keluarga mereka ke balai polis untuk membuat laporan kematian.

Sumber memberitahu Borneo Network, terdahulu seorang guru wanita berusia lewat 40-an telah rebah di dapur rumah mereka di Bawang Assan kira-kira jam 10 pagi.



Bapa dan ahli keluarganya kemudian membawa mangsa ke klinik di Bawang Assan dan disahkan meninggal dunia. 


Berikutan itu, pihak klinik memaklumkan agar laporan berhubung kematian dibuat di balai polis.


Mungkin dalam keadaan masih terkejut dan panik, mereka sekeluarga terus ke balai polis bersama mayat wanita tersebut.


Polis dalam pada itu menasihatkan mereka boleh membuat laporan kematian tanpa perlu bersusah-payah membawa mayat tersebut.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.