-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Indeks Berita

Berita Terkini

Dua penunggang maut, motosikal bertembung selepas lawan arus

Selasa, 31 Mei 2022 | Mei 31, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-05-31T03:28:23Z
Keadaan motosikal kedua-dua mangsa yang bertembung selepas salah seorang melawan arus.

SERIAN-- Tindakan seorang remaja lelaki menunggang motosikal secara melawan arus membawa padah apabila motosikalnya bertembung dengan sebuah lagi motosikal di Kilometer 55 Jalan Kuching Serian tengah malam tadi. 


Dalam kejadian 12.25 tengah malam itu, kedua-dua penunggang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 



Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Bingkok John berkata,  mangsa yang maut dikenali Anthoneo Daxster Adlani, 19, cedera parah di bahagian kepala, patah kaki dan tangan sebelah kanan dan cedera di bahagian dada.


"Seorang lagi penunggang yang juga disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dikenali sebagai Isamuddine Suri, 33, merupakan seorang peniaga, akibat kecederaan di bahagian kepala dan patah kaki sebelah kanan," katanya dalam kenyataan hari ini. 


Jelasnya, kemalangan berlaku apabila remaja yang berusia 19 tahun itu telah menunggang motosikal secara melawan arus berdasarkan maklumat dari saksi bebas yang melihat kemalangan ini berlaku.


"Motosikal yang ditunggang  remaja terbabit telah bertembung dengan motosikal yang ditunggang oleh peniaga terbabit yang datang dari arah Kuching.


"Remaja tersebut telah tercampak ke besi pembahagi jalan manakala peniaga berkenaan telah tercampak kebahagian tepi jalan sebelah kiri arah menuju ke Serian.


"Kedua-dua penunggang telah disahkan meninggal dunia dilokasi kemalangan oleh pasukan paramedik dari Hospital  Serian," katanya lagi. 


Tambah Bingkok, kedua-dua mayat telah dibawa ke rumah mayat Hospital Serian menggunakan Land Rover pasukan untuk tindakan lanjut. 


Manakala kedua-dua motosikal yang terlibat juga dibawa dan disimpan di   tempat barang kes Ibu Pejabat Polis Daerah Serian untuk tindakan selanjutnya. 


Tegasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

×
Berita Terbaru Update