-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Seorang tercampak, seorang tersepit kemalangan di Jalan Gaya

| Mei 31, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-05-31T03:52:40Z
Pegawai kesihatan sedang membantu salah seorang mangsa yang cedera dalam kemalangan di Jalan Gaya malam tadi. Gambar Bomba

LAWAS--Seorang wanita tercampak keluar, manakala seorang lagi  tersepit  dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Saga dan  kereta Nissan di Jalan Gaya malam tadi.


Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.14 malam dan bergegas ke lokasi kejadian  jauhnya 1 kilometer dari balai.


Anggota bomba bertindak pantas membantu mangsa di lokasi kemalangan. Gambar Bomba


"Berlaku kemalangan kereta jenis Proton Saga dan kereta jenis Nissan  dari arah yang bertentangan.


“Seorang mangsa tercampak keluar dari kenderaan Proton Saga dan kita  bertindak menyelamatkan mangsa tersebut yang berada dalam keadaan separuh sedar.


Gambar Bomba



Kita menggunakan peralatan khas (c- collar) dan menghantar mangsa ke hospital menaiki jentera EMRS,”katanya dalam kenyataan hari ini.


Mohd Hazmin berkata, seorang lagi mangsa yang berada dalam kereta sama di tempat duduk belakang diselamatkan  menggunakan peralatan Rescue Tool Lukas (Spreader) dengan membuka pintu belakang, manakala seorang lagi penumpang tidak mengalami kecederaan.


Gambar Bomba


“Kedua- dua  mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia  untuk mendapatkan rawatan lanjut.


Manakala penumpang dalam kenderaan Nissan tidak mengalami kecederaan,”katanya lagi.

×
Berita Terbaru Update