Dua beradik mati lemas di Sungai Rayu

Anggota Bomba dan Penyelamat mengusung mayat mangsa lemas yang ditemukan di Sungai Rayu hari ini. Gambar kredit Bomba

KUCHING— Mayat dua beradik yang dikhuatiri lemas di Sungai Rayu, Matang di sini, ditemukan petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, mangsa pertama merupakan seorang lelaki berusia 34 tahun, Lee Jun Suhia manakala mangsa kedua remaja perempuan berusia 17 tahun, Lee Huai Fen.


“Mayat pertama Lee Jun Suhia ditemukan sekitar jam 5.48 petang sementara mayat adiknya Lee Huai Fen ditemukan pada jam 6.43 petang hasil selaman ketujuh.

Mangsa kemudian diserahkan kepada polis dari Balai polis Lundu untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Komander operasi, Muhammad Syamil Mustafa Kamal berkata, pihaknya meneriima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 3 petang dan bergegas ke lokasi bersama sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dan Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan dibantu enam anggota dari BBP Batu Lintang.

Sebelum kejadian, kedua-dua mangsa dikatakan bersama yang lain mandi-manda di sungai berkenaan.

Difahamkan, adik kepada mangsa telah hilang dan abangnya cuba mencarinya, namun berakhir dengan tragedi apabila kedua-duanya ditemukan lemas.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.