Cradle umum perletakan jawatan CEO Kumpulan kuat kuasa 31 Mei ini



KUALA LUMPUR– Barisan Lembaga Pengarah Cradle Fund Sendirian Berhad Bhd (Cradle) kini sedang menjalankan proses semakan dan penilaian yang teliti untuk mengenal pasti pengganti yang terbaik bagi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan syarikat itu. 

Hal ini berikutan pengumuman Cradle bahawa Rafiza Ghazali akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan berkuat kuasa 31 Mei 2022. 

Pengerusi Cradle Datuk Yvonne Chia berkata, sementara itu, pihak Lembaga Pengarah telah melantik Naib Presiden Kanan Perkhidmatan Korporat Cradle, Norman Matthieu Vanhaecke sebagai Pemangku. 

Norman Matthieu Vanhaecke

"Pelantikan itu berkuat kuasa 1 Jun 2022 sehingga penggantian tetap disahkan.

"Pada sama sama, dengan sokongan Kementerian Kewangan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), pihak Lembaga Pengarah kini menjalankan proses semakan dan penilaian yang teliti untuk mengenal pasti pengganti yang terbaik bagi Rafiza," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Jelasnya pelantikan baharu akan diumumkan setelah keputusan dan kelulusan yang sewajarnya telah diperolehi.

Dalam pada itu, katanya, Lembaga Pengarah akan terus bekerjasama rapat dengan Norman Matthieu Vanhaecke dan Pengurusan Kanan di Cradle untuk memastikan proses peralihan kepimpinan berjalan dengan lancar.

"Rafiza telah memainkan peranan penting dalam meluaskan mandat bagi Cradle yang 
telah melangkau sekadar pemberian geran, kepada peranan terkini sebagai peneraju
ekosistem start-up melalui Strategi MYStartup. 

"Sepanjang perkhidmatannya, Cradle telah dilantik sebagai ‘focal point’ untuk Ekosistem Start-up Malaysia dan sebagai 
agensi penyelaras untuk Pelan Hala Tuju Ekosistem Start-up Malaysia 2021-2030 
(SUPER)," ujarnya. 

Bagi pihak Lembaga Pengarah, Yvonne ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Rafiza di atas sumbangan beliau kepada Cradle dan komuniti start-up. 

Beliau memberitahu, sepanjang tempoh perkhidmatannya, Rafiza telah bekerja dengan efektif dengan semua pemegang berkepentingan utama dan menunjukkan keupayaannya dalam meletakkan Cradle untuk memainkan peranan kepimpinan dalam Ekosistem Start-up Malaysia. 

"Di atas kapasiti individu, Rafiza juga telah menetapkan tanda aras bagi penyertaan wanita memegang jawatan kanan dalam arena digital dan start-up. 

"Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Rafiza dalam perancangan masa 
hadapan beliau,” ujarnya. 


Next Post Previous Post