Bomba Betong nekad halau ‘penunggu kubur’
![]() |
Bomba Betong memusnahkan sarang tebuan di kawasan perkuburan Kampung Hulu Pusa. Gambar Bomba Betong |
Komander Operasi, PBKII Edwin Jonani yang mengetuai pasukan memusnahkan sarang yang melekat di batu nisan sebuah perkuburan Kampung Hulu Pusa berusaha menghapuskan kediaman serangga berbisa tersebut.
"Pasukan kami bertindak memusnahkan sarang tebuan yang dilaporkan oleh ketua kampung menerusi panggilan kecemasan yang dibuat.
"Pasukan Bomba lengkap berpakaian PPE menggunakan dua botol racun serangga jenis Baygon untuk memusnahkan sarang tebuan tersebut," katanya.
Ujar beliau, walaupun tiada mangsa dilaporkan, namun sarang serangga berbisa di kawasan perkuburan boleh mengancam keselamatan orang awam yang datang.
"Apatah lagi ketika ini sambutan Aidilfitri masih meriah dan ramai pengunjung datang untuk berziarah," jelasnya.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.