Anak durjana ugut bunuh ibu, curi rim ayah ditahan

Suspek ditahan lanjut kerana menggugut membunuh ibunya. Gambar Polis

MIRI—Seorang lelaki bukan sahaja melakukan ugutan bunuh terhadap ibunya, malah mencuri seunit rim kereta milik bapanya dalam satu kejadian tengah hari semalam.


Difahamkan, suspek berusia 22 tahun itu telah melakukan ugutan bunuh terhadap ibunya melalui telefon.


Susulan kejadian, kerana bimbang akan keselamatan dirinya satu laporan polis telah dibuat mangsa berusia 45 tahun itu.


Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, suspek telah diberkas anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri sekitat jam 4 petang untuk siasatan lanjut.


Suspek ditahan di sebuah rumah di Jalan Dato Permaisuri Bandar Baru Permyjaya.


Turut ditemui dan dirampas sebuah rim kereta.


Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Next Post Previous Post