Lebih dua jam padam rumah terbakar

Anggota bomba berusaha memadamkan api kebakaran dua buah rumah di Kampung Seberang Kedai, Trusan malam tadi. Gambar Ihsan Bomba Sarawak


LAWAS— Bomba mengambil masa lebih dua jam untuk memadamkan sepenuhnya kebakaran dua buah rumah di Kampung Seberang Kedai, Trusan dekat sini malam tadi.



Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak berkata, kebakaran yang berlaku pada jam 8.35 malam itu membabitkan dua buah rumah kediaman jenis separuh kekal dan tidak kekal. 


“Kedua-dua rumah itu musnah sepenuhnya. Mujurlah tiada kemalangan jiwa.



Pihak Bomba memadam kebakaran dengan menggunakan sumber air terbuka kerana kawasan tersebut tiada pili nomba. Operasi tamat pada jam 10.48 malam," katanya.

Next Post Previous Post