17 jerat buaya dipasang di Sungai Nyabut, satu sudah mengena


KUCHING-- Sebanyak 17 jerat buaya dipasang di sekitar kawasan Sungai Nyabut, Kampung Trombol Telaga Air dekat sini semalam berikutan kes seorang kanak-kanak berusia 7 tahun dibaham buaya Sabtu lalu. 


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, jerat itu dipasang oleh pasukan Samarahan Crocodile Hunters dan dibantu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dan BBP Batu Lintang serta anggota polis. 



"Kerja-kerja memasang jerat atau perangkap buaya di sekitar kawasan sungai trombol dilakukan sekitar jam 11.55 tengah hari. 


"Pada jam 1.20 petang bot BBP Petra Jaya dan BBP Batu Lintang melaporkan telah selesai mengiringi pasukan pemburu buaya memasang umpan atau jerat buaya iaitu sebanyak 17 jerat di sekitar kawasan sungai Trombol," katanya dalam kenyataan. 



Sumber memberitahu Borneo Network satu daripada jerat sudah mengena namun pihak berkuasa cuma akan memeriksa perangkap itu esok.


Terdahulu, Mohammad Adami Moktar, 7, dilaporkan dibaham buaya di Sungai Nyabut, Kampung Trombol Telaga Air sekitar jam 8.30 pagi, Sabtu. 



Difahamkan, Pusat Kawalan BBP Petra Jaya, terima panggilan daripada orang awam memaklumkan berlaku kejadian mangsa dibaham buaya. 


Mangsa dikatakan bersama ahli keluarganya sedang duduk ditebing sungai. 



Mangsa secara tiba-tiba telah disambar buaya ketika sedang duduk bertinggung di tepisungai. 


Menurut saksi, kejadian berlaku anggaran masa jam 8.30 pagi, mangsa dikatakan terus hilang di dalam air setelah kejadian tersebut.



Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kelima hari ini masih belum menemukan sebarang petunjuk.


Operasi SAR juga telah ditangguhkan sekitar jam 4.18 petang tadi dan akan bersambung esok.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.