Waris terkejut kubur adik diceroboh, keranda beserta tulang hilang dipercayai dibakar

Beberapa kubur Tanah Perkuburan Bukit Aup dibongkar, dirosak malah sebahagiannya dibakar dan tulang ditemukan di atas tanah.

SIBU— Penduduk digemparkan dengan kejadian kira-kira tujuh buah kubur di Tanah Perkuburan Bukit Aup dibongkar, dirosak malah sebahagiannya dibakar dan tulang ditemukan di atas tanah, semalam.

Seorang penduduk, Tiong Chong Yee, 38, dari Sungai Merah berkata, kubur adik perempuannya telah dibongkar dan dirosakkan oleh individu yang tidak dikenali.

Keadaan kubur yang diceroboh dan dirosakkan oleh individu tidak bertangungjawab

Tiong berkata, kejadian itu hanya disedari semasa beliau dan kakaknya menziarahi kubur tersebut sempena ‘Soul Day’ di kawasan perkuburan Cina itu kira-kira-kira jam 11 pagi.

Keranda turut hilang dipercayai dibakar

“Semasa hendak membersihkan kubur, kami terkejut mendapati kubur adik saya telah dirosakkan.

“Malah keranda dan tulang pun hilang. Saya percaya mereka membongkar kubur untuk mengambil keranda sebelum membakarnya. Saya berasa pelik mengapa mereka berbuat demikian?,” katanya.

Penutup kubur dan batu nisan turut dipecahkan

Menurut Tiong, adiknya telah meninggal dunia 16 tahun yang lalu.

Beberapa kesan pembakaran turut dikesan di sekitar kawasan kubur

“Beberapa kubur lain turut dipecah malah dibakar. Terdapat banyak barang yang dibakar dan saya nampak tulang berselerakan,” katanya sambil menambah beliau mengesan kejadian itu turut berlaku beberapa hari lalu.

Sehubungan itu Tiong membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Merah untuk siasatan lanjut.
Next Post Previous Post