Wang tunai RM2,500 nanti kaki pancing

Saberkas Layar anjur Program Juh Berami Ngail di Betong pada 15 Mei (Gambar sisipan: Ismail Mohamad)

BETONG— Saberkas Layar bakal menganjurkan pertandingan memancing ‘Juh Berami Ngail Tertutup Daerah Betong’ pada 15 Mei yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM2,500 kepada pemancing bertuah.

Timbalan Pengerusi Saberkas Layar, Ismail Mohamad memberitahu pertandingan itu terbuka kepada kaki pancing di sekitar Betong.

“Setelah dua tahun merancang, SABERKAS Layar berpeluang meneruskan perancangan untuk menganjurkan pertandingan memancing sebagai salah satu aktiviti pertubuhan tersebut,” katanya.

Ismail menambah, Juh Berami Ngail ini terbahagi kepada kategori udang dan kategori ikan.

"Kategori Udang menawarkan hadiah wang tunai RM500 untuk juara, RM400 bagi naib juara dan RM300 untuk kedudukan ketiga.

"Manakala bagi pemenang tempat keempat hingga kesepuluh masing-masing akan menerima RM50 sebagai habuan,” katanya.

Peserta yang memperolehi Tangkapan Paling Cepat dan Udang Paling Besar masing-masing akan menerima RM100 sebagai hadiah tambahan pemenang.

Bagi Kategori Ikan pula juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM300, naib juara menerima RM200 diikuti RM150 tempat ketiga.

Manakala kedudukan keempat dan kelima masing-masing menerima RM50.

Yuran penyertaan telah ditetapkan sebanyak RM20 seorang penyertaan.

Sebarang pertanyaan berhubung maklumat program dan borang penyertaan boleh didapati daripada Sarip Liam di talian 01115092958 dan Abang Nurjayadi Abang Kushairi di talian 0136046232.
Next Post Previous Post