Pesuruhjaya Polis Sarawak berbuka puasa bersama petugas barisan hadapan IPD Kuching

Mohd Azman menyerahkan juada berbuka puasa kepada petugas. Gambar IPD Kuching

KUCHING-- Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri menyantuni para petugas barisan hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dalam majlis berbuka puasa di sini semalam.

Dalam majlis yang bermula jam 4 petang itu turut dihadiri Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata serta ketua-ketua jabatan dan pegawai kanan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak. 

Mohd Azman menyampaikan sumbangan makanan asas kepada pesara polis. Gambar IPD Kuching

Program bermula di Balai Polis Sungai Maong dengan ketibaan Pesuruhjaya Polis Sarawak bersama rombongan dan disambut mesra oleh Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah bersama Timbalannya Superintenden Merbin Lisa serta ketua-ketua bahagian dan ketua-ketua balai IPD Kuching.

Selepas itu, program diteruskan dengan penyerahan juadah berbuka puasa kepada petugas di Balai Polis Sungai Maong.

Gambar IPD Kuching

Rombongan kemudian bergerak ke Cawangan Unit Kereta Peronda (MPV) Kuching, Balai Polis Sekama, Balai Polis Satok dan Balai Polis Sentral untuk penyerahan juadah berbuka puasa kepada petugas-petugas.

Dalam majlis itu, Mohd Azman berbuka puasa di Balai Polis Sentral bersama petugas barisan hadapan IPD Kuching. 

Gambar IPD Kuching

Beliau kemudiannya menunaikan solat Maghrib berjemaah di Surau Balai Polis Sentral.

Pada majlis tersebut, Mohd Azman turut menyampaikan sumbangan makanan asas kepada lima pesara polis dan lima balu.

Sehubungan itu, Ahsmon mewakili warga IPD Kuching mengucapkan ribuan terima kasih di atas kunjungan Pesuruhjaya Polis Sarawak bersama rombongan.
Next Post Previous Post