Dua maut, tiga parah nahas di Jeli


KOTA BHARU-- Dua maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan yang melibatkan dua kenderaan di Kilometer 108, Jalan Raya Timur Barat dekat Jeli, kira-kira pukul 11 malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Supt Shuhaimi Jusoh berkata kedua-dua mereka yang meninggal dunia di tempat kejadian terdiri daripada pemandu kereta Perodua Alza, Mohd Hazlan Ibrahim @ Saleh, 33, dan pemandu Proton Wira, Muhamad Baijuri Mohd Shariff, 26.

Beliau berkata tiga lagi yang parah adalah penumpang Perodua Alza iaitu seorang wanita berusia 31, dua kanak-kanak berusia lapan dan enam tahun, manakala seorang kanak-kanak berusia satu tahun yang turut terlibat dalam kemalangan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan Proton Wira terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar Perodua Alza.

Kesemua yang terlibat dalam kemalangan itu telah dibawa ke Hospital Jeli untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Shuhaimi berkata siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.