Polis tahan warga asing disyaki curi pemampat penghawa dingin

Suspek dibawa ke lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan

MIRI— Seorang lelaki warga Filipina, dipercayai terlibat kes curi sebuah pemampat penghawa dingin ditahan di belakang sebuah kedai di Saberkas Commercial Centre Jalan Pujut-Lutong, semalam.

Suspek berusia 32 tahun dicekup oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri menerusi Ops Pintu pada jam 7.20 pagi, selepas berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan tersebut.

Semasa tangkapan, suspek telah bertindak agresif terhadap anggota JSJ IPD Miri dan polis terpaksa menggunakan kekerasan minimal untuk menjayakan tangkapan.

Suspek kemudian dibawa ke lokap Balai Polis Pusat Miri dan kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

Penanahan suspek ini dipercayai menyelesaikan misteri kehilangan penghawa dingin dari sebuah rumah dengan nilai kerugian sekitar RM800.
Next Post Previous Post