Liek Hou Juara Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Brazil

Cheah Liek Hou mengalahkan pemain Perancis, Meril Loquette straight set 21-17, 21-17 dalam pentas akhir di Sao Paulo, Brazil. Gambar kredit FB Cheah Liek Hou

KUALA LUMPUR—Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou mempamerkan aksi cemerlang untuk muncul juara Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Brazil 2022 pada Ahad (awal pagi ini di Malaysia).

Liek Hou menjuarai perseorangan lelaki kategori SU5 (kecacatan anggota bahagian atas) selepas mengalahkan pemain Perancis, Meril Loquette straight set 21-17, 21-17 dalam pentas akhir di Sao Paulo, Brazil menurut laman sesawang rasmi Persekutuan Badminton Dunia (BWF), https://bwfpara.tournamentsoftware.com.


Beraksi dalam arena kompetitif buat kali pertama sejak muncul juara Paralimpik September lepas, pemain berusia 34 tahun itu sekali gus melakar kemenangan kali keenam berturut-turut ke atas Loquette bagi acara perseorangan lelaki menerusi beberapa kejohanan peringkat antarabangsa.

"Biarpun meraih kemenangan di kejohanan ini saya belum berpuas hati dengan prestasi dipamerkan berikutan hampir tujuh bulan tidak beraksi. Keadaan angin di sini juga agak kuat dan menyukarkan untuk melakukan aksi terbaik.

"Persembahan saya juga tidak berapa konsisten sepanjang mengharungi perlawanan di sini namun saya tekad untuk memperbaiki kekurangan itu nanti apabila pulang ke Kuala Lumpur,” katanya menerusi pautan video dikongsikan.

-- BERNAMA
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.