Polis Marin rampas 1,122 batang balak haram di Sungai Batang Rajang


SIBU—Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) berjaya menumpaskan kegiatan pembalakan haram dengan merampas kira-kira 1,122 batang balak yang diikat menjadi rakit di perairan Sungai Batang Rajang, petang semalam.

Jurucakap PPMW5 berkata, pihaknya yang bertindak atas maklumat orang awam telah menuju ke lokasi menggunakan bot peronda.


"Semasa menghampiri lokasi, pasukan terserempak dengan suspek menggunakan beberapa buah perahu di kawasan longgokan kayu balak yang diikat di tebing sungai.

“Mereka bertindak melarikan diri dan usaha mengejar tidak berjaya,” katanya dalam kenyataan.


Pemeriksaan lanjut mendapati longgokan 400 batang balak yang diikat menjadi rakit, lapan longgokan kayu belian berjumlah 200 batang serta dua longgokan kayu batak berjumlah 522 batang pelbagai saiz.

Kesemua longgolan kayu tersebut tidak mempunyai sebarang tanda tukul Jabatan Hutan Sarawak dan dipercayai diperolehi secara haram.

Kes disiasat di bawah Ordinan Perhutanan 2015 dan telah dirujuk kepada Jabatan Hutan Bahagian Sibu setelah laporan polis dibuat untuk tindakan selanjutnya.
Next Post Previous Post