Pembuli jalan raya tayang pistol ditangkap

Suspek miliki pistol tiruan (tengah) ditahan. Gambar kredit PDRM Miri

MIRI -- Seorang lelaki warga tempatan dipercayai pembuli jalan raya ditahan pihak polis pada malam Khamis, selepas dia menayangkan sepucuk pistol ke arah seorang pemandu.

Kejadian dilaporkan berlaku di persimpangan lampu isyarat Permyjaya sekitar jam 1.45 petang semalam (Khamis).

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Supt Mohd Sabri Zainol, suspek berusia 43 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri sekitar jam 11.30 malam hari yang sama.


Turut ditemui sepucuk pistol tiruan bersama 45 butir peluru dipercayai telah digunakan dalam kejadian.

Pada tengahari Khamis itu, mangsa, seorang pesara, semasa memandu di kawasan tersebut telah mendengar bunyi dua das tembakan ke arah keretanya.

Sejurus itu, kereta suspek telah bertindak memotong kenderaan pengadu lalu menayangkan sepucuk pistol ke arahnya sebelu memecut laju.

Kes disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960 kerana memiliki senjata tiruan tanpa lesen sah dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
Next Post Previous Post