Klirieng dan artifak sejarah ditemui di Sungai Mesken, Penyarai

 

Ketua Projek Penyelidikannya, Dr Elena Gregoria Chai Chin Fern dari Kementerian Perlancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak mengukur tiang 'klirieng' yang ditemui terdampar di kawasan Sungai Mesken Penyarai. Gambar ihsan Dr Elena & Jabatan Muzium Sarawak


TATAU--Tiang makam berukir dipercayai milik golongan aristokrat atau bangsawan zaman dahulu yang dikenali sebagai 'klirieng' akan dijaga serta dipindahkan ke satu lokasi sesuai dalam masa terdekat ini.

Ketua Projek Penyelidikannya, Dr Elena Gregoria Chai Chin Fern dari Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak berkata, beliau telah melawat ke lokasi tiang klirieng sepanjang 6.7 meter itu terdampar di kawasan Sungai Mesken pada 16 Oktober tahun lepas.

"Penemuan klirieng pertama ini telah menjurus kepada penemuan sebuah lagi klirieng sepanjang 5.48 meter pada jarak 10 meter dari klirieng pertama dijumpai," jelasnya.

Tiang 'klirieng' yang ditemui terdampar di kawasan Sungai Mesken Penyarai. Gambar ihsan Dr Elena & Jabatan Muzium Sarawak

Adalah difahamkan bahawa terdapat 9 dari 28 tiang makam ini masih lagi terdapat di kawasan Sungai Mesken yang mana ada yang sudah rebah dan rebah menyembah bumi dibawa arus zaman.

Kajian terperinci katanya akan dijalankan bagi mengetahui pemilik sebenar klirieng terbabit kerana ianya merupakan kawasan dihuni etnik Punan dan Beketan@Bagatan.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk John Sikie Tayai, semasa berucap dalam Program Bersama Komuniti: Pemuliharaan Warisan di Rumah Ado, Sungai Penyarai Kakus pada Ahad berkata, klirieng ini akan dijaga serta dipulihara bagi memastikan tinggalan sejarah yang tidak ternilai harganya ini terus dijaga sampai bila-bila.


"Bagi tujuan itu, kerajaan melalui Jabatan Muzium Sarawak dan Majlis Adat Istiadat Sarawak akan memikirkan cara terbaik bagi menjaga artifak sejarah itu yang berusia ratusan tahun ini," ujarnya.

Justeru itu katanya, program pemuliharaan warisan yang diadakan di Rumah Ado yang merupakan kawsan penempatan etnik Punan ini akan menjadi penentu langkah seterusnya bagi proses pemindahan tiang klirieng terbabit ke kawasan yang sesuai dan selamat dalam masa terdekat.

Sikie sebagau berkata bahawa kajian terperinci akan dijalankan bagi mengetahui sama ada klirieng terbabit milik etnik Punan atau Beketan kerana kedua-dua etnik merupakan penduduk asal di kawasan berkenaan.

Gambar ihsan Dr Elena & Jabatan Muzium Sarawak

Kapsyen gambar

1. Tiang 'klirieng' yang ditemui terdampar di kawasan Sungai Mesken Penyarai.
2. Sebuah lagi 'klirieng' yang ditemui di kawasan berhampiran.
3. Ketua Projek Penyelidikannya, Dr Elena Gregoria Chai Chin Fern dari Kementerian Perlancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak mengukur tiang 'klirieng' yang ditemui terdampar di kawasan Sungai Mesken Penyarai.

#sarawak
Next Post Previous Post