Harap bersabar, Jalan Pujut Padang Kerbau Interchange dijangkap siap Mei

Lee (tengah) semasa meninjau projek penambahbaikan Jalan Pujut Padang Kerbau Interchange hari ini.

MIRI—Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Sri Lee Kim Shin menjangkakan kerja-kerja pembinaan dan penambahbaikan di Jalan Pujut Padang Kerbau Interchange siap pada Mei ini.

Sejak seminggu lalu, majoriti pengguna laluan tersebut merungut berikutan kesesakan lalu lintas terutama pada waktu puncak.

“Saya faham dengan rungutan pengguna jalan raya yang terpaksa mengalami kesesakan susulan kerja-kerja penambahbaikan sedang dijalankan.

“Saya berharap warga Miri bersabar kerana pihak kontraktor sedang bertungkus-lumus menyiapkan projek itu,” katanya semasa lawatan ke tapak projek di sini hari ini.

Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin menambah, keseksakan lalu lintas di situ dapat diatasi sepenuhnya apabila Jambatan Sungai Miri mula dibuka dalam masa terdekat.

Mengenai projek tersebut, Lee turut mencadangkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi pembinaan jalan raya berkembar di sepanjang laluan Pujut Padang Kerbau sehingga ke persimpangan Hospital Miri.

“Ini perancangan masa panjang bagi mengurangkan masalah keseksaan di kawasan tersebut.

“Namun ia mengambil masa kerana kerana melibatkan pengambilan tanah, malah tidak jauh dari sini ada satu kawasan tanah perkuburan masyarakat setempat," ujarnya.
Next Post Previous Post