15 kawasan niaga di Sarawak bakal dinaik taraf
Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (empat kanan) semasa lawatan ke Medan Niaga Satok (di Kuching hari ini. Gambar kredit FB Dr Ronald Kiandee |
Menterinya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata kerja naik taraf itu melibatkan peruntukan sebanyak RM7 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 dan diharap dapat memberikan keselesaan kepada para peniaga dan pengunjung.
“FAMA akan terus membantu menambah baik fasiliti dan struktur perniagaan seluruh negara termasuk di Sarawak.
“FAMA bukan sahaja akan memainkan peranan sebagai agensi pemasaran, tetapi juga mewujudkan suasana perniagaan yang selesa untuk semua pihak,” katanya selepas melawat Medan Niaga Satok di sini, hari ini.
Medan Niaga Satok adalah projek usaha sama antara FAMA dan kerajaan negeri Sarawak bagi menyediakan sebuah pasar yang berkonsep moden, bersih, teratur serta dilengkapi sistem pengurusan sisa buangan terkini.
Pasar berkos RM46.6 juta dengan 995 lot perniagaan itu, telah beroperasi sejak 1 Januari 2013.
- - BERNAMA