Rokok seludup bernilai RM2.3 juta dirampas

Gambar kredit PPMW5 Sarawak


KUCHING—Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) Sarawak berjaya merampas 3, 510 kotak minuman keras, 30 kotak rokok kretek dan 150 kotak rokok putih dianggarkan bernilai RM2.3 juta dalam tangkapan yang dijalankan di kawasan Simpang Simunjan pada awal pagi Khamis.

Komander PPMW5, ACP Zulfikar Ghazali dalam kenyataan media hari ini berkata, semasa menjalankan pemeriksaan Op Kontraban di bahu jalan lebih kurang 1 kilometer dari simpang Simunjan sekitar jam 3.30 pagi, Unit Risikan Marin (URM) menahan dua buah lori yang berada dalam keadaan mencurigakan lalu menjalankan pemeriksaan ke atasnya.



Pemeriksaan yang dijalankan jelasnya menemui 3,510 kotak minuman keras pelbagai jenama termasuk 30 kotak rokok kretek dan 150 kotak rokok putih bernilai RM2.3 juta.

Turut ditahan ujarnya dua lelaki tempatan yang merupakan pemandu lori terbabit berusia 35 hingga 55 tahun bagi membantu siasatan.



"Hasil semakan yang dijalankan mendapati kedua-duanya gagal mengemukakan sebarang bukti berdokumen dari pihak kastam berkaitan pemilikan barangan tersebut," jelas beliau.



Semua barang rampasan dan tangkapan kemudiannya diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Simunjan bagi siasatan lanjut.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam 1967.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.