Pukul, ugut bunuh bekas istri lelaki ditahan


MIRI- Padah 'naik hantu' dengan memukul dan melakukan ugutan bunuh bekas isteri, seorang lelaki ditahan polis untuk tindakan lanjut.

Semasa tangkapan, polis turut merampas sebilah pisau dipercayai telah digunakan dalam kejadian.

Difahamkan, sebelum kejadian, iaitu kira-kira jam 3 petang pada Selasa lalu, suspek berusia 50 tahun itu telah datang ke rumah di Jalan Luak, mangsa sebelum bertindak mengacu senjata tajam di bahagian perutnya.

Dalam kejadian itu, suspek turut didakwa telah memukul mangsa pada bahagian muka.

Kerana bimbang dan tidak tahan dengan perilaku bekas suaminya yang kerap kali melakukan ugutan jenayah itu, mangsa berusia 53 tahun telah tampil membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari ketika dihubungi memgesahkan tangkapan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan 506 Kanun Keseksaan.
Next Post Previous Post