Lelaki ada masalah mental, ganggu orang awam diberkas polis

Gambar PDRM Bintulu

BINTULU--Seorang lagi lelaki berusia 50 yang mempunyai masalah mental dan sering membuat kacau di Pasar Utama (PUB) Bintulu ditangkap polis tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili dalam kenyataannya berkata, atas maklumat yang diterima, sepasukan anggota dari Balai Polis Pusat Bintulu yang diketuai Ketua Balainya, ASP Sani Junid bergerak ke PUB bagi melakukan pemantauan serta menangkap suspek.

"Suspek yang sudah berkahwin dan tidak mempunyai pekerjaan itu kemudiannya dibawa ke balai polis bagi siasatan lanjut serta menjalani ujian saringan air kencing," ujar Zulkipli.

Hasil ujian saringan air kencing jelasnya mendapati suspek positif mengambil dadah jenis Amphetamine.

Hasil semakan yang dijalankan jelas beliau mendapati suspek mempunyai satu rekod kesalahan lampau berkaian dadah di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

jika disabit salah, suspek katanya boleh dikenakan denda tidak lebih RM5, 0000 dan penjara tidak lebih 2 tahun beserta pengawasan selama 2 tahun.

Pada Februari lepas, PDRM Bintulu turut menangkap lima orang gelandangan dan kurang siuman yang dilaporkan menganggu ketenteraman awam sekitar Bintulu.
Next Post Previous Post