Kereta bertembung lori, pemandu parah tersepit


BINTULU—Seorang lelaki parah selepas kereta jenis Proton Saga yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Bintulu - Tatau pada Khamis.

Akibat kemalangan tersebut, mangsa tersepit pada bahagian tempat duduk pemandu kereta berkenaan.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 9.05 malam dan menggerakkan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu ke lokasi.


Setibanya pasukan di lokasi, didapati berlakunya kemalangan melibatkan lori dengan kenderaan Proton Saga dan terdapat seorang mangsa lelaki tersepit di dalam kenderaan tersebut.

Pasukan Bomba mengeluarkan mangsa daripada kenderaan tersebut dan mangsa diserahkan kepada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut. 


Bagaimanapun setakat laporan ini ditulis, identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti.

Sementara operasi diketuai PBK II KUP Tuah Damit turut dibantu oleh beberapa anggota daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Next Post Previous Post