Empat parah kereta bertembung lori

Gambar PGO Sarawak

KANOWIT— Empat dari lima penumpang sebuah kereta jenis Perodua Kancil mengalami kecederaan parah dan patah kaki selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori tiga tan dalam kemalangan berlaku di Jalan Nibong Tada, petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataannya berkata, dalam insiden yang berlaku pada jam 4.19 petang itu, empat penumpang yang berusia antara 19 hingga 27 tahun itu patah kaki manakala seorang lagi mengalami kecederaan di kepala.


"Pemandu lori terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan," ujarnya.

Kesemua mangsa yang tersepit dalam kereta terbabit kemudiannya dikeluarkan pasukan bomba dari BBP Sibu Jaya dengan menggunakan rescue tools lalu diberikan rawatan awal oleh pasukan paramedik yang turut berada di lokasi kejadian.


Kesemua mangsa yang mengalami kecederaan kemudiannya dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.
Next Post Previous Post