Dua korban baharu COVID-19 di Sarawak, 1354 kes positif

Gambar hiasan kredit unsplash

KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan dua kematian akibat jangkitan COVID-19 melibatkan warga emas dan 1,354 kes positif baharu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, berkata dua kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan pada 10 Mac dan 12 Mac masing-masing di Serian dan Kuching.

"Kes kematian pertama pada 10 Mac dilaporkan di Serian melibatkan perempuan berumur 78 tahun yang mana jenazah dibawa di Hospital Serian dan tiada sejarah penyakit yang diketahui.

"Kes kematian pada 12 Mac pula dilaporkan di Kuching melibatkan perempuan berusia 74 tahun, meninggal di Hospital Bau dan mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, dislipidemia, kencing manis dan penyakit jantung," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, JPBNS berkata, mengenai kes jangkitan harian pula, 623 kes adalah kategori satu dan 718 kategori dua, lima kes masing-masing kategori tiga dan empat dan tiga kes kategori lima menjadikan jumlah keseluruhan kes kini 278,631.

Jelasnya, kes harian tertinggi direkodkan di Kuching (563) diikuti Miri (215), Sibu (98), Bintulu (98), Samarahan (59), Serian (50), Sarikei (41), Tanjung Manis (32), Limbang (27), Sri Aman (22), Betong (14), Saratok (14), Bau (13), Mukah (13), Marudi (13), Dalat (12), Lawas (11), Kapit (9), Subis (9), Meradong (8), Lundu (6), Simunjan (5), Lubok Antu (5), Kabong (3), Pakan (2), Kanowit (2), Tebedu (2), Asajaya (2), Daro (1), Tatau (1), Telang Usan (1), Beluru (1), Selangau (1) dan Belaga (1).

Sementara enam daerah iaitu Julau, Matu, Pusa, Sebauh, Bukit Mabong dan Song masing-masing tiada kes jangkitan COVID-19 dilaporkan.

Selain itu tiada kluster baharu diisytiharkan dengan jumlah kluster masih aktif kekal enam tanpa penambahan sebarang kes baharu hari ini.
Next Post Previous Post