Disyaki dera anak guna hos air, bapa ditahan polis

Gambar Kredit PDRM Miri

MIRI—Polis menahan seorang bapa kerana disyaki mendera anaknya yang berusia 11 tahun, bagi membantu siasatan.

Tangkapan dilakukan sekitar jam 9.50 malam tadi oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri susulan maklumat daripada orang awam.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.

“Suspek berusia 44 tahun itu ditahan di kediamannya.

“Polis turut merampas dua batang hos air berwarna hijau dipercayai digunakan dalam kejadian,” katanya.

Suspek kini sedang ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri. dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.
Next Post Previous Post