Dr Sim disahkan positif COVID-19


KUCHING: Hasil ujian RT-PCR (Reaction Transcription Polymerase Chain Reaction) Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Dr Sim Kui Hian disahkan positif COVID-19.

Dr Sim yang mengesahkan perkara itu berkata, ujian RT-PCR itu dilakukan pada Isnin sebelum beliau melakukan lawatan kerja rasmi ke luar negara. 


"Tadi, ujian PCR pra perjalanan saya sebelum melakukan lawatan kerja rasmi ke luar negara telah keluar dan disahkan positif," katanya menerusi akaun rasmi Facebooknya.

Tambahnya, ini menunjukkan beliau telah mengalahkan kebanyakan orang untuk "dos ke-4".


Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata tiada gejala dan ujian kendiri harian yang beliau lakukan setiap bagi sejak beberapa hari lalu adalah negatif.

"Saya terkejut apabila disahkan positif COVID-19 kerana hasil ujian kendiri harian yang dilakukannya negatif selain sentiasa menggunakan pelitup separuh muka berganda, mencuci tangan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.


"Ini menunjukkan kadar jangkitan varian Omicron sangat cepat dan lonjakan kes COVID-19 sukar dikekang," katanya lagi.

Jelasnya, kini beliau menjalani kuarantin kendiri di rumah dan memantau kesihatannya selama tujuh hari mengikut SOP terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 


Justeru, beliau memohon maaf kepada mereka yang ada kontak dengan beliau sejak beberapa hari lalu dan menasihati kontak rapatnya agar mematuhi SOP terkini KKM.

"Marilah mendoakan saya agar saya cepat pulih bersama," ujarnya.
Next Post Previous Post