COVID-19 di Sarawak melonjak 1,248 kes


KUCHING: Sarawak merekodkan peningkatan drastik jumlah kes positif baharu COVID-19 iaitu sebanyak 1,248 kes hari ini berbanding 442 kes semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) ini menjadikan jumlah kumulatif kes 261,060.

Jelasnya, daripada jumlah itu 1,230 adalah kategori 1 dan 2, manakala 18 kes dalam kategori 3, 4 dan 5.

Mengulas lanjut, kategori 1 (Tiada Gejala) 563 kes, kategori 2 (Gejala Ringan) 667 kes, kategori 3 (Jangkitan Paru-paru) 12 kes, kategori 4 (Jangkitan Paru-paru dan Memerlukan Oksigen) 2 kes dan kategori 5 (Jangkitan Paru-paru dan Memerlukan
Ventilator) 4 kes.

"Kuching merekodkan kes harian tertinggi dengan 430 kes diikuti Miri (238), Sibu (180), Bintulu (82) ,Serian (47), Samarahan (45), Sarikei (39), Kapit (21), Bau (18), Sri Aman (17), Matu (16), Lawasa (15), Mukah (11) dan Saratok (10)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, JPBNS memaklumkan beberapa daerah lain merekodkan kurang 10 kes.

Selain itu, katanya, Sarawak hari ini tiada kematian direkodkan.

Pada masa sama tiada kluster baharu dikesan menjadikan jumlah kluster yang masih aktif kekal tiga.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.