3 maut, rumah musnah terbakar

Gambar/video kredit FB Zaini Nor Jaman

SIBU— Tiga orang disahkan mati apabila sebuah rumah musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Bahagia Jaya, Jalan Burung Beliris dekat sini malam ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak memberitahu, mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 8.12 malam.

Mangsa yang terbunuh dikenalpasti sebagai remaja perempuan berusia 18 tahun, wanita berusia 81 tahun dan lelaki berusia 55 tahun. 


19 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dan BBP Sibu bersama dua buah jentera digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi memadam.

“Sebaik sampai, pasukan bomba mendapati terdapat sebuah rumah jenis tidak kekal telah terbakar,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Sejurus selepas api dipadamkan, Bomba menemui rangka badan mangsa yang sudah rentung. 

Siasatan akan dijalankan bagi mengetahui punca kebakaran dan anggaran kerugian yang dialami oleh mangsa, tambahnya.
Next Post Previous Post