16 kedai makan kotor diarah tutup, kompaun

Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu

BINTULU—Sebanyak 16 daripada 86 premis makanan sekitar bahagian ini dikenakan kompaun sebanyak RM37,200 kerana gagal mematuhi aspek kebersihan dan amalan pengendalian makanan yang baik dalam operasi yang dijalankan Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu (PKBB) sepanjang Februari ini tadi.


PKBB dalam kenyataan di laman sosial Facebook hari ini berkata, dalam Ops Premis Bersih yang dijalankan Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan beserta pasukan penguatkuasa daripada PKB Bintulu mendapati masih terdapat premis makanan yang tidak mematuhi garis panduan penyediaan makanan secara selamat.


"Justeru itu, pihak PKBB menjalankan pemeriksaan sebegini bagi memastikan setiap premis makanan mematuhi aspek kebersihan dan amalan pengendalian makanan yang baik," ujarnya.

Katanya, dalam operasi yang dijalankan ini, sebanyak 16 premis makanan telah diarahkan tutup dengan 74 Notis mengikut Seksyen 32B Akta Makanan 1983 telah dikeluarkan dengan nilai kompaun berjumlah RM37,200.


Beliau mengingatkan pemilik premis makanan agar sentiasa mematuhi peraturan-peraturan kebersihan makanan pada setiap masa bagi menggelakkan kejadian keracunan makanan di premis masing-masing.

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan berhubung keselamatan makanan boleh dirujuk pada Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan di Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu di talian 086-858200.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.