Zuraida dibuang dari Whatsapp group


KUALA LUMPUR — Datuk Zuraida Kamaruddin dibuang daripada kumpulan Whatsapp Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menggelakkan Ahli Parlimen Ampang itu mengetahui rahsia parti.

Kumpulan Whatsapp itu dianggotai lebih 30 ahli MPT termasuk Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

“Kumpulan WhatsApp ini terdiri daripada Presiden sehingga ke bawah. Dia dikeluarkan daripada ‘group’ pada keesokan harinya selepas mesyuarat MPT Bersatu. Ini bagi mengelakkan rahsia parti diketahui Zuraida. “

“Semua yang ada dalam mesyuarat itu bersetuju dengan tindakan untuk keluarkan Zuraida, sebab kita tidak mahu ada watak-watak yang tidak setia dengan parti,” lapor portal Utusan Online.

Sementara itu, Zuraida yang juga anggota MPT Bersatu berkata walaupun khabar angin tersebar mengenai kedudukannya dalam Bersatu, namun dia akan menjalankan tugasnya seperti biasa.

Katanya, belum ada apa-apa keputusan rasmi daripada parti berhubung perkara itu.

“Hubungan saya dengan Muhyiddin baik-baik saja.”

“Banyak sumber berkata sebaliknya, tetapi tiada apa yang dimaklumkan kepada saya, secara rasmi atau tidak. Saya memerhati semua laporan itu,” katanya dipetik TheVives.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali menafikan ada kaitan dengan politik Zuraida sebaliknya tetap bertegas setia kepada kepimpinan Muhyiddin.

Sumber dalaman dipetik Utusan Online berkata, tiada sesiapa mempersoalkan namun Azmin sendiri pernah menyatakan kesetiaan, bukan sekali tetapi tiga kali.

Dia bercakap secara terang-terangan menyatakan kesetiaan kepada Bersatu, yang terbaharu dalam mesyuarat MPT baru-baru ini.

“Dia meluahkan perasaan supaya tidak ada mana-mana pihak yang syak wasangka dengan niat dia menyertai Bersatu. Semua orang tahu dia dari PKR, kan,” kata sumber itu.
Next Post Previous Post