Voice Chat Khas Bersama Mentor Usahawan


SHAH ALAM - Bangsa usahawan dijemput mengikuti sesi khas 'voice chat' atau mesej suara bersama Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman bermula Ahad ini.

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd., sesi khas tersebut akan berjalan secara langsung menerusi aplikasi Telegram Azizan Osman (Official) pada pukul 8 hingga 9 pagi.

"Empat sesi voice chat dijalankan bagi menyokong bangsa usahawan supaya berada pada landasan betul bermula 6, 13, 20 dan 27 Februari ini.

"Jangan ketinggalan, ia juga persediaan mereka sebelum mengikuti Siri Klinik Usahawan Berani Bina Bisnes Berjaya - Branding & Marketing Power 2022 secara percuma awal Mac nanti," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Radz menambah, RichWorks bersama Azizan mahu berikan yang terbaik dalam menyokong usahawan-usahawan di luar sana.

Untuk maklumat lanjut, layari t.me/AzizanOsmanOfficial sekarang.


LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.